Asal Usul Hantu Pocong

Asal Usul Hantu Pocong

Asal Usul Hantu Pocong - Sejarah Hantu Pocong bagi masyarakat Melayu mendakwa bahawa asal usul Hantu Pocong adalah daripada orang yg meninggal dunia dan sewaktu di makamkan kain tali kafan nya tidak di lepaskan, sehingga arwah berkeliaran tidak tenteram untuk meminta tolong kepada sesiapa saja agar dilepaskan tali kafannya.

Dan ada juga mayat menjadi Pocong kerana kematiannya secara mengejut, seperti mati di bunuh, mati kemalangan dan yg lain2 seumpama itu. Sehingga masyarakat menjadi takut akan kewujudan mereka. Padahal mereka tidak mengganggu, mereka hanya meminta tolong daripada orang2 yg lalu atau yang terserempak dengan nya.

Sudah beberapa kali pengalaman aku berjumpa dgn hantu Pocong ni, baik di S'pore, Malaysia atau di Indonesia. Lazimnya mereka hanya mahu meminta tolong dan bertanya banyak soalan yg mahu mereka luahkan. Tetapi itulah, malah kita yang lari ketakutan tak cukup tanah. Pengalaman aku bersama ahli Kampus ketika di APC semasa kami membuat ritual di Permakaman Umum di Bondowoso, Indonesia, aku diberi tugas sebagai video man untuk merakam segala aktiviti dari mula sehingga selesai pengambilan tali pocong di salah satu perkuburan di situ untuk dijadikan bukti kepada VIP customer yang mahukan tali pocong di bahagian kepala. Ketika kami sedang memilih(scan) kubur mana yang sesuai di ambil tali pocongnya, sudah bermunculan beberapa hantu pocong dan hantu Kuntilanak. Lalu terjadilah dialog aku dan salah satu hantu pocong di situ. Aku tanyakan kepada beliau mengapa sering memperlihatkan diri dan menakut-nakutkan masyarakat.. Dan jawapan dan soalan yang sering aku dapat adalah :

" Tolong saya Mas...saya kedinginan, saya ketakutan, kenapa saya menjadi hantu, kenapa saya berkeliaran, doa kanlah saya. Saya masih belum mahu mati."

Inilah jawapan dan soalan yg selalu aku dapatkan dari mereka. Tetapi sudah terlambat....!! Aku tak dapat berbuat sesuatu untuk mereka, aku hanya mampu mendoakan untuk mereka. Tetapi kebanyakkan masyarakat mengangap mereka merupakan hantu yg paling di takuti oleh kebanyakan orang kerana wujud mereka yang menakutkan.

Tetapi pada masa ini menjadi satu trend atau hobi kepada individu² atau perkumpulan yg mencari² mereka dgn tujuan yg berbeza². Sehingga ada yg mahu menangkap mereka, ada yg suka² untuk menangkap foto mereka. Dah mereka(hantu²) pula yg tak cukup tanah nak lari...Agaknya dah lama sahabat Fb aku bernama Pocong hilang angkara ini agaknya, hehehehe..

Mereka² ini tidak tahu betapa berbahayanya bermain dgn mahkluk² ghaib ini.

Rupa hantu Pocong ada yg berbeza, tapi selalunya Pocong berwajah warna 'hijau' dengan mata yg kosong dan ada yg berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau bertutup kapas dgn wajah yg pucat. Penampakan hantu Pocong itu dibezakan 3 asal usul kejadian.

Yg Pertama mungkin benar kerana mayat lupa di bukakan tali kafannya. Atau si arwah tersebut masih banyak tanggungan semasa hidupnya di dunia. Sehingga coba untuk meminta maaf dengan wujud Hantu Pocong.

Ke-2, sosok hantu Pocong dari bangsa Jin yg menyerupai sosok hantu Pocong.

Dan ke-3, penampakan hantu Pocong juga boleh muncul kerana ilmu sihir yang di manfaatkan tubuhnya untuk menakuti oleh seorang Dukun/Bomoh pengamal ilmu hitam yg di minta oleh pelanggannya untuk mencelakai musuh²nya.

Bagai mana untuk membezakannya....? Bagi orang awam hal ini sangat sulit untuk membezakannya. Tapi sahabat2 tak usah khuatir, kerana aku akan cuba jelaskan, agar sahabat dapat gambaran yg tepat mengenainya.

Pocong yg lupa di buka/lepaskan tali pocongnya. Pada saat mayat di kebumikan, si mayat lupa di bukakan tali pocongnya sehingga ia menjelma menjadi sosok yg mengerikan seperti waktu dia mati. Tapi dia tidak berterbangan menakuti orang2 di sekelilingnya....! Kalau dia berterbangan dan cuba menakuti2 orang di sekitarnya maka bererti dia masih memiliki tanggungan selama hidupnya yang belum di bereskan. Penampakannya muncul pada saat adzan Magrib atau setelah sholat Maghrib.

Pengalaman yg pertama kali aku melihat hantu Pocong di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Sebenarnya kawan aku yg ajak. Aku kata, ok aje...

Pada pukul 8 atau selepas solat Isyak (aku dgn dia ponteng sholat, kalau kena tangkap dgn Pak Kiyai tempat kami berlajar, habislah kami). Kami berdua pergi ke pemakaman umum setelah Isyak dan cari pokok untuk kami panjat, agar kami dapat sembunyi. Setelah sekitar 20 minit kami di atas pokok, hantu pocong muncul tepat di tengah2 pusar kuburnya dgn wujud seperti asap. Kemudian perlahan-lahan menjadi makhluk kecil yg lompat dari tengah kuburnya ke arah kaki. Kemudian dia melompat lagi ke arah kepalanya, kali ini menjadi makhluk kecil seperti Toyol(tapi bukan Toyol). Kemudian dia melompat lagi ke arah sisi di sebelah baratnya dan sempurnalah sosok wujudnya hantu Pocong ini.

Setelah itu dia berjalan (yg aku nampak ia berjalan tidak melompat) mengelilingi kuburannya sekali. Walau pun kakinya terikat tetapi dia masih boleh berjalan dengan kaki terikat. Setelah sosok wujudnya sempurna, maka hantu Pocong pun terbang melayang2 ke udara. Saat dia terbang melayang tubuhnya memanjang seperti selendang atau kain putih. Ciri-ciri hantu Pocong yang satu ini, iaitu wajahnya cenderung terlihat seperti tengkorak. Bola matanya terlihat seperti hendak terkeluar, tersembul tidak ada alis atau pun daging kulitnya. Terkadang kedua lobang matanya terlihat ada belatung(ulat2) yang keluar masuk.

Kalau sahabat-sahabat bertemu dengan hantu Pocong seperti ini di lingkungan sahabat sendiri, maka cuba camkan siapa yang menurut sahabat. Apa dia kenalan atau kerabat yang sudah meninggal pada saat itu. Dan katakan padanya :

" Aku sudah memaafkan mu, kembalilah dengan tenang ke alam mu."

Setelah itu, bacalah al Fatihah dan hadiahkan pahala pembacaan itu kepadanya. Maka dengan sendirinya dia akan menghilangkan diri.

Jangan takut atau pun lari, kerana menurut penggalaman aku, hal ini sia-sia saja. Si Pocong akan terus mengejar sahabat sampai dia mendapatkan pertolongan, doa atau maaf dari sahabat. Mereka di cipta dari api, dia lebih laju dari kita. Jadi sia-sia sahaja sahabat lari. Sekiranya sahabat takut cukup di pejamkan mata, dan awali dengan bacaan Sholawat dan Istighfar kemudian Basmallah dan Al Fatihah.

Namun, bila kita terjumpa hantu Pocong seperti ini di tempat lain atau tempat yg kita tidak biasa. Yg aku sarankan, adalah tarik nafas dari hidung kemudian bacalah Basmallah di sertai Al Fatihah dan ayatul Qursi sebagai penutup. Jangan sekali-kali bersikap jagoh atau terror, seperti esoknya kita pergi ke kuburnya dan membuka ikatan tali pocongnya. Apa yg terjadi, sahabat sendiri yg menempah sial, sahabat akan di ikutinya setiap malam, bahkan keluarga kita juga yang akan di ganggu. Kerana pada dasarnya kita tidak tahu apakah tali pocong itu sengaja tidak di buka(lepaskan) atau tidak lupa di buka ketika mayat di kebumikan. Bagi warga desa yang masih mempercayai mistik, bila sanak saudaranya di bunuh dengan cara yang tidak wajar, seperti diperkosa lalu di bunuh atau di bunuh dengan cara tidak wajar. Tetapi polis masih belum dapat menangkap si pelaku, maka cara inilah mereka ambil untuk menakut-nakuti agar dia mahu mengakui kesalahannya.

Dan sekiranya sahabat ingin jadi ' hero ', itu tidak ada masalah asalkan sahabat memiliki ilmu 'Ghaib' yg luar biasa. Tetapi bila kita orang awam dan masih belum mengerti syareat alam ghaib maka janganlah coba-coba nanti sahabat sendiri yg kena batunya.

Jin dibedakan menjadi beberapa golongan, lebih-lebih lagi yang kafir. Jin seperti ini boleh menyerupai apa saja bahkan berwujud seperti pocong. Mereka sangat senang tinggal di pohon-pohon bambu/buloh yg lebat, pokok yang besar atau di rumah kosong yang dah lama tak berpenghuni. Biasanya Jin yang menyerupai sosok hantu Pocong, cara dia muncul juga berbeda. Boleh di atas pohon, di balik dinding atau pohon yang separuh badannya saja. Ciri-cirinya juga berbeda. Matanya cenderung menyala merah atau biru. Jika sahabat bertemu hantu Pocong yang macam ni cepatlah sahabat berbaring di atas tanah dengan posisi telungkup. Kemudian bacalah Syahadat lalu bacalah Ayatul Qursi. Jgn berdiri ataupun lari kerana Jin ini boleh 'merasuki raga kita atau di sebut kesurupan'.

Artikel Pendukung Lainnya :

LihatTutupKomentar